Friday, 25 February 2011

Pasif Income vs Aktif Income


Pelabur Pasif vs Pelabur Aktif
Untuk menggandakan keuntungan dalam pelaburan dan juga perniagaan emas atau apa sahaja, pasif dan aktif haruslah anda fahami dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan harian anda dan jika telah memahaminya anda akan telah hampir ke arah jutawan atau financial freedom. 

Pendapatan Pasif:

Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!

Apakah income pasif? Income pasif adalah pendapatan setiap bulan yang diperolehi tanpa membuat apa2 kerja. Contohnya, income dari google adsense, iklan2 diblog anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook2 terjual secara konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate dan berbagai2 lagi.
Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja
Apakah income aktif? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat atau cari pada setiap bulan. Contohnya, dapat job review produk diblog, buat sponsor blogpost, buat jualan produk fizikal di blog anda kemudian mendapat duit, buat service penulisan artikel, buat service terjemahan artikel dan lain2 lagi.

Jika anda dilihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif !!!
Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Jadi berusahalah mencari pendapatan pasif bagi menjamin kesejahteraan hidup kita. KELUARLAH DARI CONFORT ZONE ANDA dan jika takut risiko jangan bicara soal perjuangan!

Tahukah anda bahawa kebanyakan perkakas elektronik terdapat emas 999

Seperti yang diketahui umum, emas adalah konduktor elektrik dan haba yang baik, ia masih digunakan secara meluas didalam peralatan elektronik di rumah anda. Emas paling mudah diperolehi pada bahagian “finger” iaitu yang jarum halus yang menyambungkan diod, perintang,transformer atau apa sahaja yang (saya dah lupa nama alat elektronik) saya main tulis je ok. Tetapi lapisan emas disini sangat nipis. Untuk mengoresnya dengan kertas pasir mungkin susah, cara paling mudah adalah larutkan processor tersebut dengan campuran Aqua Regia (seperti dibawah). Tapis (filter) buang residue, ambil result dan keringkan.

Semua peralatan alat elektronik yang digunapakai dlm perhubungan menggunakan frekuensi, ade emas di bahagian antena. Kalau dikeluarkan emas mungkin akan dapat lebih kurang 1gm (boleh jual ni). Contohnya seperti ghp, radio, walkie-talkie, microfon dll. Hp yg terbaik adalah dari jenama NOKIA , MOTORALA, SAMSUNG & ALCATEL/

Pekakas yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak emas adalah processor computer dan motherboard. Lagi lama alat itu, lagi banyak emas yang terkandung didalamnya. Baiklah sedikit bahan yang diperlukan untuk mengesktrakkan emas dari alat elektronik adalah Asid Hidroklorik (HCL) dan Asid Nitrik (HNO3) . (boleh diperolehi dalam bentuk pellet di kedai kimia berdekatan). Campurkan kedua-duanya (aqua regia 3: 1, HNO3:HCL) dan rendamkan processor. Seterusnya emas akan diekstrak sendiri dari processor dan membentuk mendakan dibawah, basuh dan keringkan, anda telah memperolehi emas untuk dijual.

processor gold pins macro by ArminoTauruS 500x375 Emas dalam elektronik (computer)



Aset & Liabiliti


Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menetukan aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah:
Aset = mengalirkan wang ke poket kita
Liabiliti = wang akan keluar dari poket kita
Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?
  1. Kereta: Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke Pasar Tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?
  2. Rumah: Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?
  3. Laptop: Anda menggunakannya untuk surf internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?
  4. Emas: Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset. 

Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda bertambah
MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
(2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif
CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif
CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

(5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai
CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN 


Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda berkurangan
Berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat

(2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
Membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif
TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

(5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
Dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI

Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan di atas dan memahaminya? Ya, soalan di atas memang mudah untuk dijawab. Namun sebenarnya kita sendiri sangat sukar untuk menentukannya dalam realiti kehidupan kita sendiri. Mengapa begitu agaknya?
Jika mudah bagi anda menentukan mana satukah aset atau liabiliti anda, saya pasti anda dapat menjana pendapatan hasil daripada aset yang ada. Ingat, liabiliti sepatutnya dikurangkan untuk mengurangkan jumlah expenses anda setiap bulan.

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "

Selamat mengaplikasikan pengetahuan ini!

Tuesday, 15 February 2011

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA


Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).  Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK).  Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang.  Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.  Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>   

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>

Wednesday, 9 February 2011

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan Februari 2011.




Hari Masa Tajuk  Negeri Tempat 
Sabtu.
12/2/2011
.
pesanan:
.
Seminar kat JB terpaksa ditunda daripada 12/2/2011 ke27/2/2011atas sebab sebab yg tidah dapat dielakkan. Minta maaf banyak-banyak. 
Sesi 1
.
2.00 PM – 4.00 PM
.
Sesi 2
.
8.30 PM – 10.30 PM 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Johor Public Gold Johor Branch
45A Jalan Persisiran Perling
Johor Bahru
Ahad
..13/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka 
Rabu
.16/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani 
Khamis
.17/2/2011
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak 
Jumaat
.18/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Penang Public Gold Bishop Street,
No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang 
Sabtu
.19/2/2011 
Sesi 1
.
3.00 PM–5.00 PM
.Sesi 2
.8.30 PM– 10.30 PM
.p/s: Pilih salah satu sahaja
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.20/2/2011 
10 pagi – 12 tengahari New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja) Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway
Selasa
.22/2/2011
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong
Rabu
.23/2/2011
 8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Pahang Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
Khamis
.24/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 
Jumaat
.25/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PMSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1,
Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank) 
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas  

 Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

 First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
 Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 012-9780087 butiran-butiran berikut
 1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
Seminar: Ahmad bin Abu ahmad@yahoo.com, 25/2/2011, kota bharu.
 Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.  

 Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.  
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

(Sumber: www.jutawanemas.com)

Thursday, 3 February 2011

Suatu cerita ketika di Kedai Emas

Tertarik dengan maklumat yang diberikan oleh seorang rakan yang mengatakan Kedai Emas di pekan "B" adalah yang termurah menjual emas, maka saya pun berkunjung ke kedai tersebut......


Situasi ingin membeli emas (Barang Kemas)

Saya: Tokeh! sekarang harga emas berapa?
(Harga emas 916 PG pada masa itu adalah RM145 pergram dan saya pura-pura tak tahu)

Tokeh: Rm130

Saya: wow! banyak murah...(terkejut juga sebab murah dari emas PG yang dikatakan tiada kos upah)

Tokeh: Kita memang jual murah punya, ini pekan semua orang kampung datang beli sini punya..

Saya : Harga upah berapa?

Tokeh: Upah ikut design, lain harga..simple design upah murah, kalau cantik..upah tinggi sikit la

Saya: Yang ini berapa?...(sambil menunjukkan yang design sederhana...)

Tokeh pun mengambil calculator dan menunjukkan jumlah harga kepada saya.

Saya pun mengambil harga yang diberi dan bahagikan semula dengan berat emas itu....maka harg pergram telah menjadi Rm155.

(Pada masa itu, harga emas 916 Public Gold adalah Rm145, dan harga emas FGJAM RM166 per gram.)

Ternyata memang mahal..mesti dah ramai orang kampung tertipu...

Situasi ketika ingin menjual emas

Maka saya pun berpura-pura lah nak menjual emas ditangan dengan tujuan untuk membeli emas yang baru.

Saya: Kalau saya jual ini emas berapa boleh ambil?

Tokeh: Sama juga RM130, Kita tak de beza punya...harga beli dan harga jual sama...

Terkejut juga saya dengar kenyataan Tokeh tu..maka terbayang la dalam kepala macamana nak buat untung
......beli barang kemas PG dan jual kt kedai ini....untung oooo. Pada masa tu PG buyback Rm 117.

Kerana terlalu excited , isteri saya pun mengeluarkan gelang emas nya dan menyuruh Tokeh tu kira berapa dia boleh ambil...

Tokeh: Tapi itu barang kemas kita kira used gold...ada susut nilai punya..sebab kita lebur balik...

Saya: Berapa you caj susut nilai?

Sambil mengambil calculator dan menunjukkan harga yang Tokeh tu ambil....

Saya pun mengambil calculator tu semula dan bahagikan jumlah berat emas....harga pergram menjadi Rm107.

Rasa tertipu maka saya pun dengan selamba beredar dari kedai emas tu..



Kesimpulan

Jangan mudah tertipu dengan cara dan strategi Tokeh Kedai emas.....Oleh itu dalami lah ilmu emas anda sebelum anda membeli emas di Kedai Emas....

Kalau nak selamat dan murah belilah emas Public Gold...confirm tiada Kos Upah dan harga buyback yang tinggi.....

Harga barang kemas Public Gold berubah mengikut trend pasaran harga emas dunia...