Tuesday 26 April 2011

Mengetahui Ketulenan Emas dan Perak


Penyediaan peralatan: 
  • Mesti ada penimbang yg ada 2 digit lepas perpuluhan(penimbang dari Mr.Omar Kulim, Mr Wantwo ke). 
  • Cawan plastik yg ringan(cawan dadih pasar malam adalah amat digalakkan).
  • Benang jahit baju
  • Air paip
  • Calculator
  • Emas yg hendak di uji ketulenan/ketumpatan.


Langkah-langkah:

Timbang emas anda dengan penimbang emas.catitkan berat(g). 
  1. Masukkan air di dalam cawan (sukatan emas dapat tenggelam sepenuhnya di dlm cawan tetapi tidak menyentuh dasar cawan).
  2. Letak cawan berisi air di atas penimbang.
  3. Reset(off&on) semula penimbang.Dapatkan bacaan 0.00g.(bacaan cawan+air).
  4. Ikat emas anda dengan benang.Rendam emas di dlm cawan(mesti tenggelam sepenuhnya dan emas tidak mencecah dasar cawan).
  5. Catat bacaan berat air yg tersasar(0.xx g).


 Dengan menggunakan prinsip archemedes.
(di sini perlunya ada calculator)


Ketumpatan =
jisim (berat emas) / isipadu air yg tersasar [(berat cawan+air+emas) - (berat cawan+air)]


Contoh jisim = 4.25g
* Isipadu air tersasar = 0.24cm padu
* Nilai ketumpatan bersamaan 4.25g/0.24g bersamaan 17.71.
* Merujuk kepada jadual ketumpatan,ketumpatan emas ialah 19.3g/cm padu.

* Jadi di sini dapatlah kita mengetahui ketumpatan emas dengan mudah.
* Ketumpatan emas anda ialah 17.71/19.3 = 0.917%

* 0.917% = 22k.
p/s: kepada yg ingin menguji silver,ketumpatan perak ialah 10.49g/cm padu

Tips Mencuci Barang Kemas

Di sini saya ingin berkongsi dua teknik yang boleh kita gunakan dalam kaedah pencucian barang kemas ini.
  1. Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.
  • Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
  • Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
  • Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.
2. Menggunakan Ammonia.
  • Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
  • Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
  • Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
  • Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya

Thursday 17 March 2011

SOAL JAWAB – PANDANGAN ISLAM BERKENAAN MEMBELI EMAS DENGAN CARA BERHUTANG


SOALAN
Saya mohon nasihat, pandangan @ hukum islam dalam membeli emas secara ansuran (berhutang)..?
Saya cuba perjelaskan soalan ini – Contoh : saya ingin membeli dan menyimpan emas batangan (bullion gold) kerana nilainya kukuh dan yakin dengan ganjaran yg bakal d peroleh atas kenaikan nilai & harga emas pada masa hadapan. Dgn muafakat, pembekal setuju menjual kepada saya dgn bayaran cuma 30% dari jumlah harga penuh manakala selebihnya (70%) d bayar pada pembekal setelah saya memajakkan emas tersebut.. Bermakna sya masih terhutang sebanyak 70% dari harga penuh.. Saya kemudiannya akan beransur ansur menjelaskannya hingga selesai.. Nyata ini adalah prinsip hutang jd saya memohon jasa baik saudara utk mendapat jawapan berserta hadis, dalil & nasnya.. Berserta rujukan..

Mudah2an saudara dpt membantu…
Assalammualahum

Sent via Facebook Mobile

JAWAPAN
Abu Zur’ah February 26 at 8:55am Report
Haruskah Jualan Tunai Lebih Murah Dari Tangguh?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
(artikel ini adalah petikan dari salah satu dari buku baru ilmiah saya (Zaharuddin Abd Rahman) yang sedang dalam proses penerbitannya bertajuk Murabahah, Teori, Aplikasi dan Isu)
Timbul satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran secara tunai sebagai contoh RM 1000, tetapi jika dibayar secara tangguh menggunakan kontrak Murabahah tetapi dibayar melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah wa muajjal), harganya meningkat kepada RM 1500. Adakah ia halal?
Perlu diingat pembayaran bagi kontrak Murabahah boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank-bank Islam kontemporari kebiasaan pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu tempoh waktu. Namun demikian jika di awal kontrak Murabahah, pelanggan memilih kemudahan ini, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah akan dinaikkan.
Hukum
Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini, minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ianya harus.
Disebut oleh ulama Hanafi :
الثمن قد يزاد لمكان الأجل
Erti : Harga berkemungkinan dinaikan disebabkan penangguhan (bayarannya). [1]
Ulama mazhab Maliki pula berkata :
جَعل للزمان مقدار من الثمن
Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga. [2]
Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :
الخمسة نقداً تساوي ستة نسيئة
Ertinya : Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh. [3]
Manakala disebut oleh ulama mazhab Hanbali :
الأجل يأخذ قسطاً من الثمن
Erti : Tempoh boleh mengambil sebahagian dari harga [4]
Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusa jualan secara as-Salam.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .
Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan peneduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui”(Riwayat Al-Bukhari, no 2086)
Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma’, manakala para ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah, manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-
وهذا دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع
Erti : Inilah dail bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli. [5]
Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk ‘time value of money’ yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari oleh jual beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.
Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-
This arguement is again based on the minsconception that whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct. Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money, the seller when fixing the price may take into consideration different factors, including the time of payment…time of payment may act as an ancillary factor to determine the price of a commodity.
Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran…masa pembayaran boleh dijadikan faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi” [6]
Zaharuddin.net
www.zaharuddin.net

Friday 25 February 2011

Pasif Income vs Aktif Income


Pelabur Pasif vs Pelabur Aktif
Untuk menggandakan keuntungan dalam pelaburan dan juga perniagaan emas atau apa sahaja, pasif dan aktif haruslah anda fahami dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan harian anda dan jika telah memahaminya anda akan telah hampir ke arah jutawan atau financial freedom. 

Pendapatan Pasif:

Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!

Apakah income pasif? Income pasif adalah pendapatan setiap bulan yang diperolehi tanpa membuat apa2 kerja. Contohnya, income dari google adsense, iklan2 diblog anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook2 terjual secara konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate dan berbagai2 lagi.
Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja
Apakah income aktif? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat atau cari pada setiap bulan. Contohnya, dapat job review produk diblog, buat sponsor blogpost, buat jualan produk fizikal di blog anda kemudian mendapat duit, buat service penulisan artikel, buat service terjemahan artikel dan lain2 lagi.

Jika anda dilihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif !!!
Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Jadi berusahalah mencari pendapatan pasif bagi menjamin kesejahteraan hidup kita. KELUARLAH DARI CONFORT ZONE ANDA dan jika takut risiko jangan bicara soal perjuangan!

Tahukah anda bahawa kebanyakan perkakas elektronik terdapat emas 999

Seperti yang diketahui umum, emas adalah konduktor elektrik dan haba yang baik, ia masih digunakan secara meluas didalam peralatan elektronik di rumah anda. Emas paling mudah diperolehi pada bahagian “finger” iaitu yang jarum halus yang menyambungkan diod, perintang,transformer atau apa sahaja yang (saya dah lupa nama alat elektronik) saya main tulis je ok. Tetapi lapisan emas disini sangat nipis. Untuk mengoresnya dengan kertas pasir mungkin susah, cara paling mudah adalah larutkan processor tersebut dengan campuran Aqua Regia (seperti dibawah). Tapis (filter) buang residue, ambil result dan keringkan.

Semua peralatan alat elektronik yang digunapakai dlm perhubungan menggunakan frekuensi, ade emas di bahagian antena. Kalau dikeluarkan emas mungkin akan dapat lebih kurang 1gm (boleh jual ni). Contohnya seperti ghp, radio, walkie-talkie, microfon dll. Hp yg terbaik adalah dari jenama NOKIA , MOTORALA, SAMSUNG & ALCATEL/

Pekakas yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak emas adalah processor computer dan motherboard. Lagi lama alat itu, lagi banyak emas yang terkandung didalamnya. Baiklah sedikit bahan yang diperlukan untuk mengesktrakkan emas dari alat elektronik adalah Asid Hidroklorik (HCL) dan Asid Nitrik (HNO3) . (boleh diperolehi dalam bentuk pellet di kedai kimia berdekatan). Campurkan kedua-duanya (aqua regia 3: 1, HNO3:HCL) dan rendamkan processor. Seterusnya emas akan diekstrak sendiri dari processor dan membentuk mendakan dibawah, basuh dan keringkan, anda telah memperolehi emas untuk dijual.

processor gold pins macro by ArminoTauruS 500x375 Emas dalam elektronik (computer)



Aset & Liabiliti


Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menetukan aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah:
Aset = mengalirkan wang ke poket kita
Liabiliti = wang akan keluar dari poket kita
Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?
  1. Kereta: Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke Pasar Tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?
  2. Rumah: Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?
  3. Laptop: Anda menggunakannya untuk surf internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?
  4. Emas: Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset. 

Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda bertambah
MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
(2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif
CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif
CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

(5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai
CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN 


Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda berkurangan
Berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat

(2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
Membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif
TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

(5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
Dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI

Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan di atas dan memahaminya? Ya, soalan di atas memang mudah untuk dijawab. Namun sebenarnya kita sendiri sangat sukar untuk menentukannya dalam realiti kehidupan kita sendiri. Mengapa begitu agaknya?
Jika mudah bagi anda menentukan mana satukah aset atau liabiliti anda, saya pasti anda dapat menjana pendapatan hasil daripada aset yang ada. Ingat, liabiliti sepatutnya dikurangkan untuk mengurangkan jumlah expenses anda setiap bulan.

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "

Selamat mengaplikasikan pengetahuan ini!

Tuesday 15 February 2011

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA


Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).  Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK).  Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang.  Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.  Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>   

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>