ZAKAT EMAS & PERAK
|
DARI SEGI BAHASA Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
-Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada
kepada golongan yang kurang beradaMembersihkan diri pembayar zakat.
-Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
-Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH

SWT di kalangan golongan yang berada.
-Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
-Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping

perhubungan antara manusia dengan manusia.
-Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk

mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
-Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi

dan kewangan.
-Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang

diredhai oleh ALLAH SWT.
-Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
MERDEKASyarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
SEMPURNA MILIKHarta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKATPara Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
CUKUP NISABNisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
CUKUP HAULBermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Islam mewajibkan zakat ke atas pemilik emas dan perak bukannya untuk menindas atau membebankan pemiliknya tetapi sudah terbukti bahawa jika disimpan, dilaburkan atau diniagakan, emas dan perak ini tetap membawa keuntungan kepada pemiliknya. Jadi zakat yang wajib dibayar hanyalah sedikit sahaja berbanding keuntungan yang diperolehi.
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)
|
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
|
KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK
- Emas Perhiasan Wanita
- Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
- Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125
- Emas Yang Disimpan
- Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
- Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
- Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
- Perak
- Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
- Contoh:
800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
(Sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/ )
Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:
ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
ASNAF MUALLAFOrang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
ASNAF RIQABIaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
ASNAF GHARIMINOrang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
-Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
-Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
-Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

ASNAF FISABILILLAHFisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
ASNAF IBNI SABILOrang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
-Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
-Pengembaraan diharuskan oleh syarak.