Saturday, 1 January 2011

Persoalan mengenai emas. Kenapa beli emas? Buat apa? Untung ke?

Menceritakan dan mengenalkan kepentingan emas dan perak kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat umur memang merupakan suatu perjuangan yang saya anggap jihad ke arah mengukuhkan ekonomi agama, bangsa dan negara kita. Begitu ramai yang telah mendengar cerita mengenai emas dan perak ini tetapi dibiarkan lalu begitu sahaja tanpa membuat sebarang tindakan dan terus dibuai oleh sistem barat dalam kehidupan mereka. Mungkin ada yang berfikir dan menganggap seperti cukuplah hidup sekadar yang perlu sahaja janji senang, ikut sistem bank dan pelaburan yang sedia ada pon dah memadai janji ada untung sikit, memeningkan kepala sahaja dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin membincangkan persoalan yang biasa diajukan kepada saya semasa saya menceritakan kepada seseorang mengenai emas. Antaranya ;-


1. “Emas mahal la sekarang”

2. “Pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! So lambat la kalau nak dapat untung”

3. “Saya ada juga hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah dululah macam tahun 2001 tu baru boleh beli banyak-banyak”

4. “Betul ke pelaburan emas ni?! Boleh percaya ke?!”

5. “Takde duit la nak beli emas! Semua duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

6. “Rasanya saya berminat juga dengan benda ni, dah lama saya perasan dan baca pasal emas ni, tapi saya rasa kena kaji lagi baru betul2 ready”

7. “Saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, dan masa tulah baru sesuai saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

8. ”Kenapa beli Emas?”

9. ”Nak buat apa Emas?”

10.”Untung ke Emas??”


Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan. 

Baiklah, sebelum menjawab setiap persoalan dan keraguan-keraguan orang ramai seperti di atas, terlebih dahulu mari kita lihat akan trend kenaikan harga emas dunia mengikut graf kitco. Sudah terbukti harga emas sejak dahulu lagi tidak menurun malah kenaikan setiap tahun sehingga 20 - 40%.

Baiklah,tanpa membuang masa,kita berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:


1. “Emas mahal la sekarang”
Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera dalam simpanan, terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun.


2. “Pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! So lambat la kalau nak dapat untung”
Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh (saya sendiri pernah menerima hasil dari kenaikan harga Emas hanya dalam masa 1 bulan sahaja). Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham dan pelaburan lain, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik dan menguntungkan.


3. “Saya ada juga hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah dululah macam tahun 2001 tu baru boleh beli banyak-banyak”
Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian kerana semakin anda menunggu untuk membeli semakin mahal harganya dan semakin susah untuk anda memilikinya.


4. “Betul ke pelaburan emas ni?! Boleh percaya ke?!”
Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.

Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


5. “Takde duit la nak beli emas! Semua duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekalian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menunguntungkan dan berbaloi kerana dimasa duit anda telah digunakan untuk kecemasan pada masa yang sama anda mempunyai emas yang telah dipajak di arrahnu. Jika anda mempunyai ilmu teknik manipulasi arrahnu / OPM pasti anda tersenyum kerana dari arrahnu anda boleh berbelanja tanpa risau emas anda hilang dan juga boleh menambah koleksi emas anda dengan menggunakan modal tertentu sahaja. Jika anda tidak percaya lihat saja makcik yang mempunyai barang kemas di kelantan atau di penang, cara beginilah mereka memungut keuntungan dan wang untuk pusingan modal berniaga dan sebagainya.


6. “Rasanya saya berminat juga dengan benda ni, dah lama saya perasan dan baca pasal emas ni, tapi saya rasa kena kaji lagi baru betul2 ready”
Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur?! Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan. Mengikut pengalaman saya, adalah penting untuk anda beli / lock harga sekarang sambil itu mempelajari ilmu emas dan arrahnu, pasti anda tidak akan menyesal dengan tindakan ini. Anda juga tahu apabila anda buat sesuatu pekerjaan, anda akan lebih nampak dan memahami kebaikan dan keburukan mengenainya.


7. “Saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, dan masa tulah baru sesuai saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
Pernahkan anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


8.”Kenapa beli Emas?”
Dengan kadar kenaikan sebanyak 20-37% setiap tahun (fakta) dan sifat emas iaitu kalis inflasi dan harganya yang semakin mahal, emas memang sesuai untuk kita jadikan aset pelaburan hari tua kita. Jika anda tahu akan sejarah inflasi dunia pasti anda akan terkejut seperti hyper inflasi di zinbadwe (anda boleh google hyper inflasi dunia) Bukan untuk kita sahaja tetapi untuk anak-anak dan keluarga kita. Ada 2 aset pelaburan yang memberangsangkan iaitu tanah dan emas. Adakah anda mampu membeli tanah jika anda mempunyai wang sebanyak rm700? mestilah tidak bukan? mungkin boleh beli selori sahaja..tapi nk buat apa? Jadi, emas adalah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah di mana dengan modal yang kecil, anda mampu memiliki emas. Pelaburan emas lebih menguntungkan daripada hartanah jika anda betul-betul memahaminya dan pelaburan emas ini akan boleh menggandakan kepada hartanah/OD dan sebagainya. 


9.”Nak buat apa Emas?”
Soalan seperti ini kerap kali diajukan kepada saya, pada saya, mudah sahaja..anda beli, anda simpan sebagai aset anda. Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti, harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harga nya menjadi lebih tinggi. Dan sekiranya pada masa itu anda ingin menjual emas, akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harga nya boleh meningkat lagi. Disnilah gunanya arrahnu iaitu pajak gadai kerana apabila kita membeli emas objektif kita memang mahu menyimpan emas bukannya menjual balik. Disini yang miskin tidak akan jatuh miskin malah lebih kaya dan yang kaya akan bertambah kaya.


10.”Untung ke Emas??
Mengikut fakta, emas mencatakan kenaikan sebanyak 20-37% setiap tahun. Andai kata pada hari ini, 20/12/2010, anda memiliki 1 dinar emas yang berharga RM652, Maka pada tahun hadapan bersamaan 20/12/2011 dengan kenaikan yang paling rendah 20%, 1 Dinar anda tadi akan menjadi RM782.40 dan anda akan memperolehi keuntungan sebanyak rm130.40. Itu kalau anda ada 1 Dinar, kalau anda ada berdinar2?Fikir2kan lah…MASA ITU EMAS!


Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2011?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.

Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.

Ingat! Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.

Kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi…mulakan pelaburan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas. Anda boleh menghubungi saya (012-9780087) untuk ‘lock’ harga bagi membeli emas anda yang pertama dengan saya jika anda mahu. 

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini).

Masa itu emas, mesti anda semua pernah mendengar ayat ini. Memang betul. Sesungguhnya, kita tidak akan dapat mengundurkan masa dan emas dikaitkan dengan masa untuk menunjukkan betapa bernilai nya masa. Oleh itu, dapatkan emas ketika anda mampu dan sebelum terlambat. Jika tidak, beli sahaja apabila ada 'Kertas'. Ingat, simpanan dalam bentuk kertas mainan yahudi ini hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak. Tukarkan bentuk pelaburan anda di dalam bentuk emas. Anda pasti yakin boleh mengubahnya.


No comments:

Post a Comment