Wednesday, 22 December 2010

GOLD Introduction

Types of Gold :

  • 24K - 999 Au
  • 22K - 916 Au
  • 20K - 835 Au
  • 18K - 750 Au
  • 9K   - 375 Au
  • Low - Fake Gold

Colour of Gold :
  • Can be purple, green, rose, white
  • e.g. purple gold is one of the trademark in Singapore

White Gold :
  1. Platinum (Pt)
  • Price is 30% higher than gold price
  • Melting point higher than gold
  1. White Gold
  • Purity: 750 gold plated with rhodium & palladium to make it look white
  • Price is higher because FEDMAS not control on it

Characteristic of GOLD :
  • Metallic Yellom
  • Moldable
  • Ductile (Elastic)
  • Dense
  • High Thermal & Electrical Conductivity

Melting Point:
  • Platinum (Pt)  -  1773 C
  • Gold (Au)  -  1064 C
  • Silver (Ag)  - 962 C

Types of weight :
International standard : Troy Ounce (Oz)
Others : Troy pound, Gram, Mayam

1 Troy Ounce = 31.103 gram
1 Troy Pound = 12 Troy Ounce


Testing Method :
  • Gold Acid Test - Hydrochloric Acid
  •                         - Sulfuric Acid
  • Density Test (solid)
  • Atomic Spectrum Meter (Lab)

Factors influence gold price in Malaysia:
  • International Gold Price Movement (kitco)
  • Currency Exchange Rate ( RM vs USD )

Why Public Gold / Silver / Jewellery ?

Why Public Gold?

  • Best concept (Gold Investment & Trading)
  • Recognized by "Malaysia Book of Records"
  • Stock always available (own a factory)
  • 24hours online booking system
  • Possess physical metal, attached with qualified assayer certificates
  • Lower price compared to other competitors
  • Lowest spread (5%-6%)
  • Guaranteed buy back (even scratches or bended unintentionally)


Why Public Silver?
  • The only one company provided physical silver bullion in Malaysia
  • The only one company in the World guaranteed buy back from customer
  • Attached with Assayer certificate for silver bullion
  • Spread only 15%


Why Public Jewellery?
  • Cheaper price compare to Jewellery Shop
  • Guaranteed buy back
  • 24hours online booking system
  • NO workmanship charges
  • Hallmark "Bunga Raya" - Assurance of Quality and Purity
  • Difference size but same weight
  • Based on multiple dinar weight specification (world record)

Kelebihan produk Public Gold berbanding produk lain



Pelaburan dan pernigaan melalui emas fizikal jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas kerana menepati syarak iaitu beli barang dapat terus barang dan apabila memerlukan duit boleh dipajak terus. Jika akaun simpanan emas terpaksa menunggu masa yang lama hendak mengaut keuntungan kenaikan harga emas dan jika memerlukan duit ketika itu tidak boleh dipajak cuma perlu menjualnya kembali dengan harga yang murah. Jadi jelaslah bahawa emas fizikal merupakan pelaburan yang baik kerana tiada apa yang boleh manipulasi pemiliknya tetapi pemiliknya yang boleh memanipulasikan sistem yang ada. Jadi dibawah ini menunjukkan  perbandingan diantara emas fizikal yang terbaik boleh diperolehi dan ianya adalah produk public gold lebih baik berbanding produk emas lain.


KIJANG EMAS
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
Tidak boleh lock harga
Tidak boleh booking
Perlu dapatkan sendiri di Maybank
Stok selalu habis
Maybank tidak beli semula kalau calar


EMAS OUB
Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
Perlu dapatkan sendiri di OUB
Stok selalu habis
Mesti bawa resit asal masa jual balik
Tidak boleh buka sarung


PAMP SUISSE
Boleh dibeli di kedai emas tertentu
Spread antara 10%-30% mengikut kedai
Buka sarung tolak harga


EMAS BUNGA RAYA
Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
Spread 15%-25%
Buka sarung tolak harga

BARANG KEMAS
Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
Harga tinggi berbanding pasaran
Spread 20%-40%


DINAR EMAS KELANTAN
Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan - link
Stok terhad dan selalu kehabisan
Spread 10%-15%

EMAS PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR

Boleh dibeli daripada mana2 dealer public gold
Spread hanya 5%-6%
Jaminan beli balik walaupun dibuka sarung,kemek,calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
Boleh booking dan lock harga
Dinilai oleh assayer emas bertauliah
Disertakan dengan Certificate of Authenticity
Dijamin 100% tulen (boleh rujuk Arrahnu Agrobank)







Monday, 20 December 2010

Campaign 1 Dinar = 1 Month




Start savings your wealth by turning your 'PAPER' to DINAR or DIRHAM at least ONE PER MONTH !
Invest in Dinar (916) each month will give you a higher return than FIAT money


Example:-

Dinar (916):RM601.00 (28/06/10)

January:RM526.00
February:RM540.00
March:RM554.00
April:RM569.00
May:RM585.00
June:RM601.00
July:RM616.00
August:RM632.00
September:RM648.00
October:RM665.00
November:RM682.00
December:RM700.00
Total:RM7,318.00

Increment for Gold/Month:- 2.63%
Forecast Increment Per Annum:-39.21%
After 10 years:-
Total sum:RM36,011.88

FIAT MONEY:

January:RM600.00
February:RM600.00
March:RM600.00
April:RM600.00
May:RM600.00
June:RM600.00
July:RM600.00
August:RM600.00
September:RM600.00
October:RM600.00
November:RM600.00
December:RM600.00
Total:RM7,200.00

Financial instrument:- ASB
Dividen and Bonus: + - 8.75%
After 10 years:-
Total sum:RM15,078.10

See the difference?
>Gold is "zero inflation"
>Money will be affected by inflation
eg:-

5 years ago:
Nasi lemak = RM1.00
Now,Nasi lemak = RM 2.00
Inflation!



Sunday, 19 December 2010

Sedarkah anda dari tahun ke tahun anda adalah orang yang terus rugi



Sedarkah anda pelaburan emas adalah pelaburan yang paling selamat dan kenaikannya amat begitu tinggi sekali berbanding dengan semua pelaburan yang lain.Anda di nasihatkan supaya membeli emas dimasa anda mempunyai 'kertas' lagi kerana emas tidak akan susut nilai dan nilainya terus naik dan naik. Anda tidak akan rugi selama-lamanya dan pasti akan berubah ke arah pelaburan emas ini yang menjamin kebebasan dan keuntungan berlipat ganda.


Lihat dan bacalah keratan akbar ini membuktikan kpd anda. Ini adalah berita terkini pada 9 NOVEMBER 2010 yg perlu anda bertindak dari sekarang demi untuk menyelamatkan aset anda dari terus susut dan di telan inflasi sebagaimana yg berlaku di Indonesia dan ditempat lain dimana nilai matawang yg berjuta2 tapi sedikit shj barangan yg boleh dibeli. Mungkin anda tidak akan sedar sekarang tapi akan sedar nanti. Semua peluang di dunia ini hanya cepat dan lambat sahaja. Sesiapa yang cepat bertindak dialah yang untung dan yang lambat rugi menyesal dan tidak mempunyai kesempatan untuk membeli emas lagi kerana pada waktu ini harga emas melambung tinggi. 


Jadikan separuh simpanan anda dalam simpanan emas samada dinar atau jongkong emas. Sila anda perhatikan dan fikirkan fakta di bawah ini, mana satu pelaburan yg anda pilih:- 

ASB = 8% 
TABUNG HAJI = 9% 
FIXED DEPOSIT = 10% 
KWSP = 7% 
UNIT TRUST (high risk) = 20%-30% 
UNIT TRUST (low risk) = 10% 
GOLD/SILVER = 20%-30% to 50%- 100% to 200% to 1400% 


Bertindaklah sekarang sebelum terlambat. Emas akan menjadi milik anda setelah anda membuat tempahan. It's your choice to decide which is better for your investment.

Thursday, 16 December 2010

Jadual Seminar Perniagaan dan Pelaburan Emas Public Gold bulan Disember 2010

Jadual seminar Disember 2010 adalah seperti dibawah:

HariMasaTajukNegeriTempat
Khamis
.16/12/2010
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldKelantanPublic Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Jumaat
.17/12/2010
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldKuala TerengganuMing Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
Sabtu
.18/12/2010
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.Bandar SunwayPublic Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Ahad
.19/12/2010
10 pagi – 12 tengahari.
(take note: waktu pagi)
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.Gombak, SelangorDewan Sekolah Rendah Daruttarbiah Al-Islam, Taman Melewar, Gombak.
Penceramah:
Syukor Hashim dan Dr. Luv  
Selasa
.21/12/2010
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldKedah (SP)Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Rabu
.22/12/2010
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldPenangPublic Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Khamis
.23/12/2010
.
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.IpohPublic Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Rabu
.29/12/2010
.
8.30 malam – 10.30 malamSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.Johor BahruPublic Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.




Bagaimana cara menghadiri seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 012-9780087 butiran-butiran berikut:
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Saya lebih menumpukan kepada topik “Bagaimana Emas Boleh Menguntungkan Anda?”
Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.



(Sumber: pokli.com & jutawanemas.com)

Wednesday, 15 December 2010

Dinar Emas Elak Manipulasi by Nik Aziz & Dr Mahathir



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik ImageAziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.
Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.
Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.
Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.
Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.
Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.
Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,
Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.
Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!
Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.
Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.
Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.
Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(Surah Ali Imran : 75)
Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.
Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.
Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.
Para Hadirin sekalian,
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.
Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.
Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.
Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.
Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.
Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,
Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.
Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.
Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?
Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.

 

a
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi dan penipuan, tetapi malangnya tiada negara, termasuk negara Islam yang mahu melakukannya.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Beliau berkata, seketika dahulu Malaysia pernah mahu menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya.

Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan menggunakan dinar dalam urusniaganya.

"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika tidak ada nilai," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa.

cKatanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara gagal atau musnah.

Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan.

"Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sitem perbankan lama masih dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat patut menerima bayaran dari pengimport di dalam negeri dan dan digunakan untuk membayar kepada pengekport dari negara sama.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, dinar emas masih mempunyai masalah iaitu dari segi pengangkutan kerana ia sangat berisiko.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, umat Islam hari ini menjadi lebih kaya dari sebelumnya, khususnya dari segi pendapatan dalam dolar Amerika, tetapi tidak menggunakan sistem perbankan ataupun atau wang untuk kepentingan mereka.

Menurut Dr Mahathir, mereka sebaliknya menyimpan wang di negara luar khususnya di Amerika yang digunakan oleh kuasa besar itu untuk membunuh orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

"Saya kira para ulama perlu mengeluarkan fatwa bagaimanakah hukumnya orang Islam yang menyimpan wang di Amerika yang kemudiannya digunakan untuk membunuh orang Islam sendiri," katanya.

Turut serta dalam persidangan yang dianjurkan Institut Penyelidikan dan Kajian Startegik Kelantan (KRISS) dengan kerjasama Marslio adalah penasihat-penasihat kewangan Bank-Bank tempatan, pakar-pakar ekonomi luar negeri dan tempatan serta pelajar-pelajar ekonomi Universiti tempatan dan antarabangsa.